Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 4 (Pembuatan Cookies)
4 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 03 Febuari 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah cikgu menerangkan cara pembuatan cookies dan bahan – bahan yang diperlukan. Peserta juga diberi penerangan menu-menu biskut yang perlu dibuat sebagai tugasan di rumah. Seterusnya cikgu menerang topik untuk kelas minggu ke-lima iaitu menghasilkan pembuatan tapak dan sos pizza. Cikgu memberi resepi serta bahan yang perlu dibawa.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: